Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 08/09/09 telah meluluskan peruntukan tambahan bernilai RM8.56 juta bagi membiayai beberapa pembayaran tambahan tertentu perkhidmatan awam negeri ini. Ia dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada Persidangan DUN di Kota Iskandar di sini hari ini. Peruntukan berkenaan antaranya bagi pembiayaan Pejabat Setiausaha Kerajaan berjumlah RM3.03 juta, Perbendaharaan (RM236,000), Jabatan Pertanian (RM283,000), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (636,000), Kebun Bunga Diraja (82,000) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM272,000). Selain itu, ia juga bagi membiayai Jabatan Kerja Raya (RM602,000), Muzium Diraja Abu Bakar Istana Johor (16,000), Mahkamah Syariah (RM801, 000) dan Pejabat Daerah Johor Bahru (RM242,000). Selain Johor Bahru, pejabat daerah lain turut menerima antara RM10,000 hingga RM489,000 menerusi peruntukan tambahan berkenaan. Diharapkan selepas menerima peruntukkan tersebut badan-badan kerajaan ini membentangkan pula perbelanjaan dan lebihan dari peruntukkan tersebut dan rakyat mahukan ketelusan dimana wang-wang sebanyak ini dibelanjakan. |
Post a Comment