Orang ramai digalakkan memberi sumbangan bagi menggerakkan aktiviti@program anjuran Skuad AMK Gelang Patah. Bantuan anda dalam meneruskan perjuangan untuk rakyat amat dihargai. Terima kasih!
Wednesday, September 16, 2009
Ole-ole raya PKR untuk saudara Rosmah
Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.

Shamsul (kiri) berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

Sumber : MalaysiaKini
posted by Skuad AMK Gelang Patah @ 7:17 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 


BUAT DUIT MUDAH!
JOM SERTAI KAMI DI CATCHEYE !
DAFTAR FREE PUN DAPAT RM1 !!
JOM DAFTAR
[ hari ini ]
[ Kematian H1N1 di Malaysia ]
[ harga minyak ]
[ Aktiviti Skuad AMKGP ]



Skuad AMK Gelang Patah menyeru anak2 muda yang berumur 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki atau Perempuan) untuk menyertai Skuad AMK Gelang Patah yang akan bertindak sebagai sayap AMK Gelang Patah. Sebarang penyertaan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Sdr. Aidil (0177870545) dan Sdr Hanzs (0122487050) atau emel ke skuad.amkgp@gmail.com
[ Semakan SPR ]
[ Isu Semasa Di Johor ]
[ Tiada Air ]
[ Keputusan PRU P.162 - GELANG PATAH ]
P.162 - GELANG PATAH
TAHUN 2008
TAN AH ENG (BN) - 33,630
ZALIHA BINTI MUSTAFA (PKR) - 24,779
MAJORITI MENANG - 8,851

TAHUN 2004
SONG SING KWEE (KEADILAN) - 9,335
TAN AH ENG (BN) - 41,001
MAJORITI MENANG - 31,666

N.48 - SKUDAI
TAHUN 2008
BOO CHENG HAU (DAP) - 23,124
TEO KOK CHEE (BN) - 10,270
MAJORITI MENANG - 12,854

TAHUN 2004
TEO KOK CHEE (BN) - 15,573
BOO CHENG HAU (DAP) - 13,380
MAJORITI MENANG - 2,193

N.49 - NUSA JAYA
TAHUN 2008
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 16,643
MD SHAH BIN LAMAT (PAS) - 9,259
MAJORITI MENANG - 7,384

TAHUN 2004
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 18,452
ZULKARNAIN YAP BIN ABDULLAH (PAS) - 3,676
MAJORITI MENANG - 14,776
[ Sembang ]
[ Suara Keadilan Online ]
[ Bahan Kempen ]
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
[ Iklan ]

[ Pengunjung ]