Orang ramai digalakkan memberi sumbangan bagi menggerakkan aktiviti@program anjuran Skuad AMK Gelang Patah. Bantuan anda dalam meneruskan perjuangan untuk rakyat amat dihargai. Terima kasih!
Friday, January 22, 2010
Kita Masih Dijajah Dengan Illuminati

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.

Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.MastersCarpet - Copy Freemason’s Masters’ Carpet

Di atas adalah gambar “Master’s Carpet” yang telah saya highlightkan unsur-unsur penting didalamnya yang terdapat pada KLCC dan satu lagi struktur kebanggaan Malaysia yang akan saya beritahu kemudian. (Masters’ Carpet juga boleh didapati atas sejadah-sejadah yang kita gunakan setiap hari. Klik sini untuk lebih info mengenai ini.)

Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda kebanggaan mereka.

Unsur kedua iaitu lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz. Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang, bukan di dalam.

kl.08.klcc

Suria KLCC

Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambila daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu matahari.

MastersCarpet

2009-09-24 KL - Copy

dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.

RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

RazakSat

RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)

klcc2 - Copy MastersCarpet1 - Copy Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.

Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan (klik sini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang dan bukan teknologi-teknologi moden yang telah dan akan dicipta). Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.

klcc3 - Copyjangka

Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.

Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Panji Hitam Ufuk Timur (bukan blog ini) yang akan muncul menentang mereka di akhir zaman nanti. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Melayu.

Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.

Sumber : PHUT

posted by Skuad AMK Gelang Patah @ 11:35 AM  
1 Comments:

Post a Comment

<< Home
 


BUAT DUIT MUDAH!
JOM SERTAI KAMI DI CATCHEYE !
DAFTAR FREE PUN DAPAT RM1 !!
JOM DAFTAR
[ hari ini ]
[ Kematian H1N1 di Malaysia ]
[ harga minyak ]
[ Aktiviti Skuad AMKGP ]



Skuad AMK Gelang Patah menyeru anak2 muda yang berumur 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki atau Perempuan) untuk menyertai Skuad AMK Gelang Patah yang akan bertindak sebagai sayap AMK Gelang Patah. Sebarang penyertaan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Sdr. Aidil (0177870545) dan Sdr Hanzs (0122487050) atau emel ke skuad.amkgp@gmail.com
[ Semakan SPR ]
[ Isu Semasa Di Johor ]
[ Tiada Air ]
[ Keputusan PRU P.162 - GELANG PATAH ]
P.162 - GELANG PATAH
TAHUN 2008
TAN AH ENG (BN) - 33,630
ZALIHA BINTI MUSTAFA (PKR) - 24,779
MAJORITI MENANG - 8,851

TAHUN 2004
SONG SING KWEE (KEADILAN) - 9,335
TAN AH ENG (BN) - 41,001
MAJORITI MENANG - 31,666

N.48 - SKUDAI
TAHUN 2008
BOO CHENG HAU (DAP) - 23,124
TEO KOK CHEE (BN) - 10,270
MAJORITI MENANG - 12,854

TAHUN 2004
TEO KOK CHEE (BN) - 15,573
BOO CHENG HAU (DAP) - 13,380
MAJORITI MENANG - 2,193

N.49 - NUSA JAYA
TAHUN 2008
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 16,643
MD SHAH BIN LAMAT (PAS) - 9,259
MAJORITI MENANG - 7,384

TAHUN 2004
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 18,452
ZULKARNAIN YAP BIN ABDULLAH (PAS) - 3,676
MAJORITI MENANG - 14,776
[ Sembang ]
[ Suara Keadilan Online ]
[ Bahan Kempen ]
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
[ Iklan ]

[ Pengunjung ]