Orang ramai digalakkan memberi sumbangan bagi menggerakkan aktiviti@program anjuran Skuad AMK Gelang Patah. Bantuan anda dalam meneruskan perjuangan untuk rakyat amat dihargai. Terima kasih!
Monday, September 21, 2009
Perbahasan MIC: ‘Kalungan Selipar’ untuk gambar Dr. Mahathir?


Tun Selipar

Kalungan Selipar untuk Mahathir

Siap berbingkai lagi!

Letakkan ‘kalungan selipar’ pada gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran kenyataannya yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung MIC kerana mendakwa kenyataan Dr. Mahathir menjatuhkan maruah Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak mendapat sokongan daripada perwakilan lain.

Perkara yang sama juga dicadangkan terhadap Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, tetapi ia turut di bantah.

Perwakilan dari Ampang, M. Muniandy berkata, kesemua perwakilan yang membahaskan usul hari ini bagaimanapun sebulat suara mengecam dan menolak campur tangan bekas Perdana Menteri.

”Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang mendakwa Presiden MIC tidak pernah membuat apa-apa kepada masyarakat India di negara ini.

”Kami tidak akan terima apa-apa kenyataan yang boleh mengancam maruah Presiden parti. Kami tahu apakah peranan beliau serta komitmen beliau terhadap parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul-usul pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 yang dihadiri 1,464 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Minggu lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan di akhbar Makkal Osai bahawa Samy Vellu tidak pernah membuat apa-apa untuk kesejahteraan kaum India di negara ini.

Kata Muniandy, orang luar terutama ahli-ahli parti lain tidak ada hak mencampuri urusan MIC.

”MIC tidak perlukan nasihat atau tunjuk ajar daripada pihak lain. Kita ada seorang ketua (Samy Vellu) yang bijak untuk memimpin parti dengan cara yang baik.

”Jangan mencampuri urusan MIC lagi. Kami tahu apa yang kami buat. MIC tidak boleh dipisahkan selagi Presiden kami memimpinnya,” katanya.

Malah Muniandy juga menyifatkan Samy Vellu sebagai ‘pokok ara’ dengan akar yang teguh dan tidak akan berganjak walaupun ditiup angin kencang.

Malah Samy Vellu juga disifatkan sebagai penyelamat dan pengawal masyarakat India di negara ini.

Katanya lagi, hanya MIC boleh membela nasib masyarakat India di negara ini, parti lain yang ditubuhkan untuk masyarakat India akan ‘mati’ tidak lama lagi.

”Masyarakat India di negara ini akan menjadi ‘yatim piatu’ jika MIC dihapuskan,” jelasnya.

Sumber : Hanief & Sabah Daily
posted by Skuad AMK Gelang Patah @ 1:46 PM  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 


BUAT DUIT MUDAH!
JOM SERTAI KAMI DI CATCHEYE !
DAFTAR FREE PUN DAPAT RM1 !!
JOM DAFTAR
[ hari ini ]
[ Kematian H1N1 di Malaysia ]
[ harga minyak ]
[ Aktiviti Skuad AMKGP ]



Skuad AMK Gelang Patah menyeru anak2 muda yang berumur 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki atau Perempuan) untuk menyertai Skuad AMK Gelang Patah yang akan bertindak sebagai sayap AMK Gelang Patah. Sebarang penyertaan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Sdr. Aidil (0177870545) dan Sdr Hanzs (0122487050) atau emel ke skuad.amkgp@gmail.com
[ Semakan SPR ]
[ Isu Semasa Di Johor ]
[ Tiada Air ]
[ Keputusan PRU P.162 - GELANG PATAH ]
P.162 - GELANG PATAH
TAHUN 2008
TAN AH ENG (BN) - 33,630
ZALIHA BINTI MUSTAFA (PKR) - 24,779
MAJORITI MENANG - 8,851

TAHUN 2004
SONG SING KWEE (KEADILAN) - 9,335
TAN AH ENG (BN) - 41,001
MAJORITI MENANG - 31,666

N.48 - SKUDAI
TAHUN 2008
BOO CHENG HAU (DAP) - 23,124
TEO KOK CHEE (BN) - 10,270
MAJORITI MENANG - 12,854

TAHUN 2004
TEO KOK CHEE (BN) - 15,573
BOO CHENG HAU (DAP) - 13,380
MAJORITI MENANG - 2,193

N.49 - NUSA JAYA
TAHUN 2008
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 16,643
MD SHAH BIN LAMAT (PAS) - 9,259
MAJORITI MENANG - 7,384

TAHUN 2004
ABD AZIZ BIN SAPIAN (BN) - 18,452
ZULKARNAIN YAP BIN ABDULLAH (PAS) - 3,676
MAJORITI MENANG - 14,776
[ Sembang ]
[ Suara Keadilan Online ]
[ Bahan Kempen ]
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
Skuad-AMKGP
[ Iklan ]

[ Pengunjung ]